2 Nov 2012

Keropok Lekor B.T.B 2209, Bukit Tok Beng

Adik ipar cadangkan supaya berhenti dan membeli keropok lekor yang paling sedap dan popular di Kuala Terengganu ini. Tempat yang dimaksudkan adalah Keropok Lekor B.T.B 2209, Bukit Tok Beng. Fuhh, ramai sungguh orang yang datang. Mahu beli pun kena beratur panjang dan tempahan kena ambil nombor!
Kayu yang banyak untuk dibuat kayu api
Siap dengan kipas supaya pembakaran yang paling maksimum.
Ini hanya kawasan bagi staf yang menyediakan keropok lekor sahaja.
Staf yang sibuk menjalankan tugas masing-masing
Keropok lekor yang sudah siap dibungkus
Sabar dalam menunggu giliran.
Perlu beratur untuk ambil no. giliran
Sila ambil nombor giliran. Terasa seperti di bank pula!

Mereka yang lain duduk di kerusi yang disediakan.










Beratur untuk membeli keropok lekor yang digoreng.
Tetap sabar beratur untuk menikmati keropok lekor yang digoreng.
Staf yang bertugas menimbang, menguli tepung untuk dibuat keropok lekor. Kawasan ini 'happening'!
Sejuk dan tenang bila mendengar lagu nasyid dan alunan ayat al-quran diputarkan di bahagian ini.

Macam-macam permintaan ada daripada pembeli.
Hah! Lihat sendiri, banyak kereta yang parkir di kedai keropok lekor ini.
Ini adalah kedai Keropok Lekor B.T.B 2209, Bukit Tok Beng.
Kalau datang ke Kuala Terengganu, jangan lupa singgah dan merasai pengalaman sendiri.
Ini adalah keropok lekor yang sudah siap digoreng.

Abang macho ini yang diamanahkan untuk menjalankan tugas di bahagian kaunter. Mengira, membungkus dan memenuhi permintaan pelanggan.

Melihat sendiri bagaimana keropok lekor yang mentah digoreng.

Satu 'batch' mengoreng keropok lekor basah dalam kuantiti yang banyak.

Ini adalah keropok lekor yang dibeli oleh pelanggan. Sos cili yang dibungkus kecil disertakan sekali.
Ada facebook khas kepada mereka yang pernah singgah makan atau membeli keropok lekor ini.http://www.facebook.com/pages/Keropok-Lekor-BTB-2209-Bukit-Tok-Beng/137920442948170